PERMINAT SUKAN KERETA
Apa yang menarik ,kereta ini tidak menggunakan gentian
kaca ( fiber glass ) untuk projek ini . sebaliknya dilempiaskan pada kepingan
logam sebenar. selain itu, iswara ini turut diberikan spoiler pada bamper
berlakang, skirt sisi, lampu berlakang dengan lense putih keseluruhan ( albino)
dan juga bumbung suria dari Mazda.
Seterusnya, aspek paling penting
dalam modifikasi hellaflush ini iaitu rim, tayar dan suspensi. memilih untuk
memadankan rim replika Work Meiister L1 dengan kemasan emas krom, berdiameter
17 inci dengan lebar 10jj dan offset +10. rim berkenaan dibalut dengan tayar
Roadstone dengan saiz 205/40R17.
Penyerap hentak asal kemudiannya
di tukar kepada unit boleh laras dari GAB, untuk mendapatkan kerendahan
yang paling maksima. ia juga telah melakukan ubahsuaipada torsion beam bahagian
berlakang yang bukan sahaja membolehkan sudut camber dilaras dengan kedudukan
negatif, malah spring juga diolah semula bagi mendapat strok suspendi yang
lebih selesa dan tiak menggangu badan walaupun kereta ini jauh lebih rendah
dari sebelum ini.
No comments:
Post a Comment